Sunday, December 1, 2013

CHIFFON PANDAN ASLI

Assalamualaikum.......pada kali ini saya nak kongsi dengan anda semua cara mudah buat Kek Chiffon Pandan. Enak dimakan senang dibuat pasti menjadi....

 
 
KEK CHIFFON PANDAN

Sediakan 2 mangkok, asingkan kuning telur (mangkuk A) dan putih telur (mangkuk B). masukkan gula kastor 1 cawan dalam mangkuk A dan pukul hingga kembang. masukan 1/2 sudu kecil garam dan santan kotak 1/2 cawan serta air perahan daun pandan 1/4 cawan (10 helai daun pandan campur sedikit air, kisar, perah dan tapis). pukul lagi hingga sebati, kemudian masukan minyak jagung 3/4 cawan pukul lagi, seterusnya masukan 1 1/2 cawan tepung kek naik sendiri sedikit sedikit dan kacau rata dengan kelajuan perlahan.

Ambil acuan Chiffon masukkan dalam Oven, panaskan 180 darjah C. Pukul putih telur Mangkuk B hingga kembang (kelajuan tinggi), masukan cream of tartar 1 sudu kecil pukul lagi kemudian masukan gula kastor 1/2 cawan pukul hingga mantap (kalau diterbalikan tak tumpah).

Akhir sekali, ambil 2 senduk adunan putih telur (mangkuk B)  campur dalam mangkuk A kacau guna teknik kaup balik hingga rata. kemudian masukan adunan mangkuk A sedikit sedikit dalam mangkuk B, kaup balik hingga rata. masukan dalam acuan dan bakar selama 40 minit 180 darjah C.Mula-mula guna api atas bawah (15 minit pertama) kemudian guna api bawah sahaja.

Setelah kek masak keluarkan dari oven dan segera terbalikkan acuan kek tadi di atas dulang. Biarkan ianya sejuk. Dah sejuk bolehlah keluarkan kek tadi dan dipotong...Emmm sedapnya....

SELAMAT MENCOBA!!!!

Wednesday, June 26, 2013

KEK CHEASE LIMAU



KEK CHEASE LIMAU
Ramuannya:
1. 250gm buttercup
2. 250gm cream chease Tatura
3. 2 cawan gula halus
 1,2 &3 pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang.

4. 10 biji telur masukan dalam adunan sebiji sebiji
5. Masukan 2 sudu kecil baking powder 
6. Parut kulit 1 biji limau sunkist dan perah airnya masukkan dalam adunan.
7. Masukan 1 sudu kecil valila
8. Masukkan 3 cawan sedikit sedikit tepung gandum cap sauh dalam adunan dan pukul perlahan serta gaul rata.
9. Panaskan Oven di tingkat bawah oven letak loyang berisi air.
10. Sediakan loyang empat persegi berukuran 12" sapukan majerin dan tuang adunan tadi.
11. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah C.

Hiasan:
Belah dua dan lapiskan dengan cream chease, di bahagian atas sapu cream chease dan taburkan potongan badam..
Selamat Mencuba..........................