Sunday, December 1, 2013

CHIFFON PANDAN ASLI

Assalamualaikum.......pada kali ini saya nak kongsi dengan anda semua cara mudah buat Kek Chiffon Pandan. Enak dimakan senang dibuat pasti menjadi....

 
 
KEK CHIFFON PANDAN

Sediakan 2 mangkok, asingkan kuning telur (mangkuk A) dan putih telur (mangkuk B). masukkan gula kastor 1 cawan dalam mangkuk A dan pukul hingga kembang. masukan 1/2 sudu kecil garam dan santan kotak 1/2 cawan serta air perahan daun pandan 1/4 cawan (10 helai daun pandan campur sedikit air, kisar, perah dan tapis). pukul lagi hingga sebati, kemudian masukan minyak jagung 3/4 cawan pukul lagi, seterusnya masukan 1 1/2 cawan tepung kek naik sendiri sedikit sedikit dan kacau rata dengan kelajuan perlahan.

Ambil acuan Chiffon masukkan dalam Oven, panaskan 180 darjah C. Pukul putih telur Mangkuk B hingga kembang (kelajuan tinggi), masukan cream of tartar 1 sudu kecil pukul lagi kemudian masukan gula kastor 1/2 cawan pukul hingga mantap (kalau diterbalikan tak tumpah).

Akhir sekali, ambil 2 senduk adunan putih telur (mangkuk B)  campur dalam mangkuk A kacau guna teknik kaup balik hingga rata. kemudian masukan adunan mangkuk A sedikit sedikit dalam mangkuk B, kaup balik hingga rata. masukan dalam acuan dan bakar selama 40 minit 180 darjah C.Mula-mula guna api atas bawah (15 minit pertama) kemudian guna api bawah sahaja.

Setelah kek masak keluarkan dari oven dan segera terbalikkan acuan kek tadi di atas dulang. Biarkan ianya sejuk. Dah sejuk bolehlah keluarkan kek tadi dan dipotong...Emmm sedapnya....

SELAMAT MENCOBA!!!!

No comments:

Post a Comment